PEMANDU Perodua Axia yang hamil lapan minggu trauma dan bimbang mengenai keadaan kandungannya selepas terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), petang semalam.
Nabilah Syuhaidah Azman, 29, yang memandu Perodua Axia bersama anak dan ibunya disondol sebuah Proton Satria ketika dalam perjalanan ke Bandar Baru Bangi.
“Saya bersama anak Nazhan Saif Muhammad Nazrin Shah, 4 dan ibu, Zarina Haron, 53 dari Saujana Putra, secara tiba-tiba dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.
“Kemudian kereta saya terus langgar pembahagi jalan dan berpusing sekali sebelum ia berhenti di tengah jalan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Katanya, kejadian berlaku secara tiba-tiba sehingga menyebabkan dirinya sekeluarga fobia dan trauma.
“Sedih tengok kereta remuk bahagian depan dan belakang. Sebenarnya kereta itu baru sahaja setahun pakai,” luahnya.
Baca artikel berkaitan: Dollah Salleh dan keluarga kemalangan, MPV terbabas di Kuala Pilah
@utusantvofficial Kasihan owner Axia. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ? Victory – Nevvlife
Semalam tular satu video kemalangan membabitkan kereta mangsa yang disondol dari arah belakang selepas sebuah Proton Satria yang didakwa gagal mengawal kenderaan.
Proton Satria itu dilihat dipandu secara laju sebelum cuba menukar laluan, tetapi gagal mengelak Perodua Axia yang berada di hadapan.
Ujar Nabilah Syuhaidah, dia sekeluarga telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan termasuk pemeriksaan ke atas kandungannnya.

“Perkara pertama saya tanya adalah mengenai kandungan saya. Alhamdulillah buat masa sekarang kandungan saya selamat tapi masih dalam pemantauan doktor,” katanya yang pernah mengalami keguguran pada Oktober lepas selepas tujuh minggu disahkan hamil.
Tambahnya, apabila terlibat kemalangan tersebut, dia amat bimbang mengenai kandungannya disebabkan sudah lama menanti cahaya mata kedua.
“Saya cuma mengalami lebam pada bahagian betis, belakang badan dan sakit kepala. Anak saya tiada apa-apa kecederaan dan masih sekarang trauma.
“Manakala, kepala mak saya terhantuk di papan pemuka,” ceritanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

