Jom layan 5 K-drama lakonan Park Shin Hye yang paling meletop!

Dari Penulis

BINTANG Korea Selatan Park Shin Hye akhirnya selamat disatukan dengan pelakon Choi Tae Joon pada hari ini di sebuah majlis tertutup yang diadakan di Seoul, hari ini.

Sedia maklum, bakat lakonan Shin Hye mula menjadi perhatian ramai apabila memegang watak di dalam drama popular, Stairway to Heaven pada tahun 2003 sebagai Han Jeong-Seo versi muda. 

Sehingga kini, nama Shin Hye tidak asing lagi bagi peminat K-drama oleh kerana hasil lakonannya diakui bertaraf ‘A-class’ dan mampu membawa pelbagai watak.

Jom URTV bawakan 5 drama lakonan Shin Hye yang wajib anda layan! 

1) The Inheritors

Siri paling terkenal di Korea Selatan, The Inheritors ini menceritakan kisah sekumpulan pelajar sekolah yang kaya dan mempunyai keistimewaan untuk mengambil alih perniagaan keluarga. Watak Park Shin Hye di dalam drama ini sebagai seorang pelajar berlatar belakangkan keluarga miskin yang ditempatkan di sebuah sekolah elit. Shin Hye (Cha Eun-sang) terpaksa menyembunyikan identitinya demi mengelak daripada menjadi mangsa buli di sekolah elit itu. Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal Lee Min Ho, Choi Jin Hyuk, Kim Ji Won, Kim Woo-bin dan Park Hyung Sik.

2) Pinocchio

Drama ini menceritakan kisah seorang gadis (Choi In-ha) yang mempunyai Sindrom Pinocchio dimana dia sering tersedu setiap kali bercakap bohong. Choi In-ha (Park Shin-hye) bertemu dengan Choi Dal-po (Lee Jong-suk) ketika datuknya menyelamatkan lelaki tersebut daripada kebakaran. Mereka berkawan baik sehinggalah Dal-po mengetahui ibu In-ha merupakan wartawan yang membuat liputan mengenai kebakaran keluarganya. Mereka bersama-sama menjadi seorang wartawan bagi menegakkan kebenaran. 

3) Doctors

Drama ini mengisarkan tentang Hong Ji-hong (Kim Rae-woon) yang merupakan seorang doktor telah mengambil keputusan untuk menjadi guru di sebuah sekolah. Dia bertemu dengan Yoo Hye-jung (Park Shin Hye), seorang pelajar yang nakal dan kejutan berlaku apabila gadis tersebut merupakan cucu kepada jirannya. Hubungan akrab mereka telah disalah ertikan sehingga ditudung menjalinkan hubungan romantik antara pelajar dan guru. Selepas 13 tahun kemudian, mereka bertemu kembali di bawah sebuah hospital yang sama. Turut dibintangi pelakon hebat Lee Sung-kyung, Yoon Kyun-sang, Ji Soo dan Nam Koong-min.

4) Memories of the Alhambra

Mempunyai latar belakang negara Sepanyol, siri ini menceritakan seorang CEO syarikat pakar dalam peranti optik iaitu Yoo Jin-woo (Hyun Bin) bertemu dengan pemilik hostel Jung Hee-Joo (Park Shin-hye) sehingga terjerat dalam insiden misteri. Pelbagai perkara pelik terjadi selepas adik kepada Jung Hee-Joo menghilangkan diri sehingga menyebabkan Yoo Jin-woo terperangkap dalam kehidupan realiti dan permainan maya yang diilhamkan oleh kisah-kisah Istana Alhambra. Turut dibantu, Park Chan-yeol, Park Hoon dan Lee Seung-joon.

5) Sisyphus: The Myth

Sebuah insiden luar biasa terjadi apabila seorang jurutera genius, Han Tae Sul (Cho Seung-woo) telah berjaya membina mesin masa. Namun, mesin masa tersebut telah membawa kepada kehancuran dunia sehingga membuatkan seorang wanita daripada masa depan, Kang Seo-hae (Park Shin Hye) merentas masa demi menyelamatkan kehidupan. Kang Seo Hae merupakan seorang wanita yang terselamat dari dunia masa depan dengan mengguna kemahiran hidup yang di pelajari daripada ayahnya. Turut dibintangi, Chae Jong Hyeop, Lee Si-woo dan Kim Byung-chul.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This