“Saya lebih takutkan hantu daripada ular…,” – Nora Danish

Dari Penulis

PELAKON popular, Nora Danish berkongsi bahawa dia terpaksa melawan ketakutan terhadap haiwan berbisa iaitu ular demi menjayakan watak dalam telefilem terbarunya, Survival 486.

Menurut pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif ini, dia terpaksa memberanikan diri dalam situasi mencabar itu bagi membuktikan kemampuannya sebagai seorang pelakon.

“Saya seorang yang penakut sebenarnya. Demi menghidupkan watak Syuhada dan memperhebatkan jalan cerita, saya sanggup buang rasa ketakutan dan berlakon dengan haiwan berbisa sebegitu

“Saya memang takut dengan ular sebab dia boleh membunuh tetapi inilah manisnya menjadi seorang pelakon, melakukan sesuatu di luar jangkaan,” ujarnya.

Malah, pelakon filem Suami Aku Ustaz itu turut memaklumkan bahawa ketakutannya terhadap ular membuatkan dirinya lebih rela berdepan dengan perkara mistik dan pencuri.

“Saya lebih takutkan hantu daripada ular. Pernah satu ketika sebelum berkahwin, saya biarkan pintu rumah terbuka luas walaupun tinggal berseorangan.

“Bila keluarga saya pulang dan bertanya mengapa saya biarkan pintu semuanya terbuka, saya beritahu jika ada hantu saya boleh terus berlari. Lebih rela pencuri masuk atau pegang ular daripada ternampak hantu,” ujarnya menerusi laporan Kosmo!

Dalam perkembangan lain, Nora mengakui dia kini menggemari aktiviti mendaki gunung dan mempunyai perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu di Sabah.

“Semangat untuk mendaki gunung muncul selepas saya berlakon dalam telefilem ini. Bila sudah mula masuk ke dalam hutan, rasa seronok sangat.

“Boleh dikatakan saya sudah ketagih aktiviti mendaki, sehari tidak melakukannya, rasa rindu. Insya-Allah pada bulan Mac nanti, saya merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu sempena ulang tahun kelahiran ke-40.

“Sekurang-kurang ada juga aktiviti lasak untuk dilakukan kerana saya bukan wanita yang suka melakukan aktiviti sebegitu malah sejak di bangku sekolah juga saya bukan pelajar aktif dalam bidang sukan,” kongsinya.

Sumber: Kosmo!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This