Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengingatkan guru-guru supaya tidak melanggar syarat kelonggaran yang membenarkan mereka terlibat dalam politik, selain perlu terus mematuhi peraturan-peraturan semasa jabatan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, meskipun belum ada sebarang garis panduan khusus berhubung perkara berkenaan setakat ini, guru-guru yang minat berpolitik diingatkan agar tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sebagai pendidik.

Katanya beliau gembira dengan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi kebenaran kepada guru untuk berpolitik, namun pada masa yang sama beliau juga bimbang sekiranya guru-guru melanggar syarat atau lebih berpolitik daripada bertugas.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan benarkan guru, petugas Kemas berpolitik berkuat-kuasa serta merta – PM

“Justeru saya mengingatkan semua guru, walaupun berpolitik, namun jangan lupa tugas hakiki dan jangan pernah meminggirkan tugas sebagai guru,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sempena Lawatan Tindak Susul Parlimen di Sabah, hari ini.

Jumaat lepas Ismail Sabri mengumumkan kebenaran kepada kesemua guru sekolah di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi iaitu hak seluruh rakyat untuk berpolitik, dan kebenaran itu turut melibatkan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram