BERMULA suku keempat tahun ini, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan melaksanakan penggunaan kamera badan kepada anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan semasa melakukan operasi di lapangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pelaksanaan secara berfasa itu bagi memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa penguatkuasaan dilaksanakan.
“(Ia juga) sebagai bukti visual dan audio jika berlaku pertikaian atau tuduhan salah laku oleh atau terhadap anggota penguatkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, katanya, JWP mengambil pendirian tegas bahawa rasuah dan salah guna kuasa tidak mempunyai tempat di dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Jelas beliau, pihaknya akan memperkukuhkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mempertingkatkan keupayaan terhadap sebarang salah laku integriti.
Baca artikel lain: Sultan Selangor dukacita, kecewa insiden penyokong bakar suar di Terengganu
“Buat pertama kali, agensi di bawah JWP membuka akses kerjasama yang lebih menyeluruh kepada SPRM sebagai langkah proaktif memastikan sistem pentadbiran sentiasa tertakluk kepada semakan, pemantauan dan penambahbaikan berterusan.
“Langkah ini mencerminkan komitmen jelas bahawa usaha memerangi rasuah bukan sekadar dasar tetapi dilaksanakan melalui tindakan struktur, sistem dan operasi.
“Sebagai langkah awal, tindakan segera akan dilaksanakan seperti memeterai Nota Kerjasama antara JWP dengan SPRM untuk mengadakan kerjasama secara sistematik dan berkesan,” katanya.
Di samping itu, Hannah berkata, JWP dan agensi juga sedang melaksanakan perkara-perkara dalam memperkukuh tadbir urus serta tatakelola antaranya pelaksanaan pusingan kerja yang lebih kerap bagi pegawai lapangan.
“Penambahbaikan tatacara pengurusan perolehan melalui pelaksanaan proses sebut harga dan tender secara sepenuhnya dalam talian (end-to-end).
“Penilaian semula penarafan risiko Pejabat PTGWP bagi memperkukuhkan Unit Integriti di PTGWP,” katanya.
Katanya, usaha mempromosikan ketelusan ini akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi awam dan membuka pintu awal kepada SPRM menunjukkan keberanian JWP bahawa tiada apa untuk disorok.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

