Tun Mahathir semakin pulih, dipindah ke wad biasa – Marina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan semakin pulih.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir dalam kenyataan hari ini.

Menurut Marina, Dr. Mahathir juga telah dipindah keluar dari unit rawatan koronari (CCU) ke bilik wad biasa di pusat perubatan tersebut.

Malah, Marina memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu juga turut ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, Marina turut memaklumkan Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tidak dibenarkan menerima pelawat bagi mengelak jangkitan.

“Daripada penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Dr. Mahathir, beliau didapai semakin pulih.

“Hari ini, beliau dipindah keluar daripada CCU ke bilik wad biasa di IJN.

“Sekali lagi beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Keadaan kesihatan Dr. Mahathir tunjuk peningkatan – Marina

Semalam, Marina memaklumkan, keadaan kesihatan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menunjukkan peningkatan.

Katanya, selera makan Dr. Mahathir juga bertambah baik dan beliau sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisinya.

Dr. Mahathir sekali lagi dimasukkan ke IJN, Sabtu lalu untuk menerima rawatan selepas dibenarkan keluar pada 13 Januari lalu.

Beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 7 Januari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This