SEPULUH kenderaan dilaporkan rosak susulan hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan Seksyen 13, Shah Alam petang tadi.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan laporan berkenaan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 5 petang tadi.
Norazam berkata bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian.
”Kami menggerakkan enam anggota ke lokasi untuk memastikan keselamatan dan memotong pokok yang tumbang di tempat kejadian. Operasi masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata pihaknya turut menerima satu lagi laporan, lapan kenderaan didapati rosak ekoran bumbung tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di kawasan itu diterbangkan angin kencang.
“Namun tiada mangsa yang cedera dalam kejadian yang berlaku sekitar 5 petang tadi,” katanya memetik laporan Bernama.
Sementara itu, satu video viral menunjukkan tempat letak kereta di pasaran Giant Shah Alam dilanda angin kencang yang menyebabkan bumbung tempat letak kereta tercabut dan menghempap kereta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

