Ismail Sabri Yaakob bertemu Norza Zakaria, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei di Perdana Putra hari ini.

KONTROVERSI yang melanda dunia badminton negara telah selesai selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk membenarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk sukan badminton itu pada Khamis.

BAM sebelum ini ‘mengantung’ kedua-dua pemain itu bermain dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun selepas Zii Jia mengumumkan untuk keluar dari agensi badminton tersebut dan bergerak secara profesional.

Jin Wei mengumumkan persaraannya dari dunia badminton negara pada September tahun lepas dengan memberi alasan kesihatan tetapi mengubah pendiriannya baru-baru ini apabila mengumumkan akan menyertai dunia badminton secara profesional.

BERITA BERKAITAN Selepas berbincang dengan BAM, Zii Jia, PM kata ‘Alhamdulillah semua selesai’

“BAM bersetuju untuk membenarkan Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei untuk menyertai semua kejohanan antarabangsa.

“Persatuan sudah membuat pertimbangan berhubung rayuan yang dibuat mengikut prosedur rasmi,” demikian menurut BAM dalam kenyataan tersebut.

Badan induk itu mengambil kira rayuan yang dibuat oleh kedua-dua pemain sebelum melepaskan mereka daripada kontrak sedia ada bersama BAM berdasarkan terma dan syarat menerusi persetujuan bersama.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden BAM Tan Sri Norza Zakaria, Zii Jia dan Jin Wei mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penaung BAM Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hari ini.

“BAM ingin berterima kasih kepada Zii Jia dan Jin Wei atas dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan kepada negara. Semoga mereka mencapai kejayaan pada masa hadapan,” ujarnya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram