Selepas berbincang dengan BAM, Zii Jia, PM kata ‘Alhamdulillah semua selesai’

Dari Penulis

“ALHAMDULILLAH semua selesai,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas pertemuan dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria dan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan bersama kepimpinan tertinggi BAM dan Zii Jia di Perdana Putra tengah hari tadi turut disertai seorang lagi pemain, Goh Jin Wei.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai.

“Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Pertemuan Ismail Sabri Yaakob bersama kepimpinan BAM dan dua pemain badminton negara berlangsung di Perdana Putra tengah hari ini.

Badminton Malaysia menjadi perhatian peminat di seluruh dunia apabila BAM ‘melarang’ Zii Jia bertanding selama dua tahun.

Baca: Ahmad Faizal beri bayangan kemelut Zii Jia-BAM selesai tempoh terdekat

BAM larang Lee Zii Jia bertanding dua tahun

Ini susulan keputusan bekas juara All England itu untuk bergerak secara profesional mulai tahun ini.

Bagaimanapun, kemelut itu dilihat selesai selepas Zii Jia mengemukakan rayuan dengan pemain itu memaklumkan dia dibenarkan oleh BAM untuk bergerak secara profesional.

Norza juga mengesahkan perkara tersebut ketika ditanya media, namun setakat ini belum ada makluman terperinci dan rasmi diberikan BAM berhubung keputusan rayuan Zii Jia itu.

Sukan badminton menjadi perhatian ramai kerana ia adalah antara prospek peyumbang pingat untuk Malaysia di temasya Olimpik terutama merealisasikan pemburuan emas pertama.

Berikutan krisis BAM dan Zii Jia, ramai berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin dalam situasi terbaik yang akan menguntungkan sukan badminton negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This