[VIDEO] Kes gaduh di Station 18, polis tahan 2 lelaki

Dari Penulis

POLIS menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuan restoran di Stesen 18, di Ipoh malam tadi, yang rakaman video pergaduhan itu menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kedua-dua lelaki berumur 27 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 11.51 malam mengenai kejadian rusuhan, yang dikatakan bermula dengan tindakan seorang lelaki melarikan diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit oleh seorang suspek.

Beliau berkata semasa melarikan diri apabila dikejar suspek, kenderaan lelaki itu melanggar sebuah kereta lain di lokasi berkenaan, sebelum berlaku rusuhan yang turut melibatkan sekumpulan remaja.

“Kenderaan lelaki itu dirosakkan dengan menggunakan kerusi plastik, batu serta kon plastik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Dr Ganja’ perlu bela diri 39 tuduhan miliki, tanam dan mengedar ganja

@utusantvofficial Tak pasal2. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Beliau berkata pihaknya masih berusaha mengesan saki baki suspek yang terlibat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan merusuh serta khianat.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan pihak polis serta tidak menularkan maklumat yang tidak sahih kepada umum,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This