Wah! Ayda Jebat, Nabil Mahir beli banglo 3 tingkat! Hadiah ulang tahun perkahwinan katanya!

Dari Penulis

PASANGAN selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi bahawa mereka membeli sebuah kediaman tiga tingkat bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang pertama.

Menerusi hantaran di Instagram Ayda, dia turut memaklumkan rumah tersebut dibeli daripada hasil titik peluh mereka bekerja tanpa lelah.

“Hadiah ulang tahun sampai lambat, tapi rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah… semua hasil kerja keras, pengorbanan, malam tanpa tidur, perjuangan dan kejatuhan akhirnya terbalas.

“Kerja siang malam ke pagi sampai tak mampu nak buka mata dah. Tapi muka tetap senyum depan kamera, yang tau je tau haha!

“Tahniah kepada Nabil dan saya. Rezeki bayi juga. Sekarang, mari sibuk untuk rumah baru kita,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati itu.

Dalam pada itu, Ayda turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah oleh kerana rezeki yang melimpah kepadanya.

“Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah datang bertubi-tubi lepas mendirikan rumah tangga. Sesuai dengan kerja keras kami berdua selama ini. Selain itu, kami lihat ia merupakan rezeki anak kami, Ana Nayla.

“Semua dipermudahkan berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan dan juga peminat yang sentiasa menyokong. Syukur kepada Allah dengan rezeki yang dilimpahkan,” ujar Ayda menerusi laporan Gempak.

Buat info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This