Puluhan rumah musnah, pokok tumbang akibat ribut di Ipoh

Dari Penulis

RIBUT yang telah melanda di sekitar kawasan Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di Ipoh telah menyebabkan beberapa pokok tumbang dan puluhan rumah dilaporkan rosak teruk dalam kejadian sekitar 6.30 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.40 petang.

Melalui video yang viral malam ini, kelihatan bumbung rumah dan barangan kecil berterbangan dan jatuh ke atas rumah lain dan juga beberapa buah kereta yang sedang parkir.

Menurut bomba, pihaknya juga terpaksa membersihkan pokok-pokok tumbang yang menimpa rumah dan menghalang laluan jalan.

POKOK tumbang selepas Ipoh dilanda ribut. – Gambar media sosial

“Setibanya di lokasi mendapati beberapa batang pokok tumbang dan rumah mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun, tiada berlaku sebarang kecederaan kepada mangsa mahupun kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, bomba masih membuat pemantauan di lokasi kejadian.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi pokok yang menghalang laluan kenderaan awam dan menimpa rumah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This