Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa bermain congkak ketika melawat Kunang-Kunang Heritage Villa di Langkawi./ Gambar FB Selangor Royal Office

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat meluangkan masa untuk beriadah di kawasan penginapan Kunang-Kunang Heritage Villa di Pulau Langkawi, Kedah.

Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut dijamu dengan santapan sajian makanan Melayu yang lazat oleh pemilik Kunang-Kunang Heritage Villa, Datuk Radzuan Radziwill.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda amat tertarik dengan suasana keindahan perkampungan tradisional Melayu di kawasan penginapan berkenaan yang tenang dan sesuai sebagai lokasi percutian.

Dalam hantaran itu, turut dikongsikan beberapa gambar lawatan pasangan diraja tersebut termasuk video baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin bermain congkak dalam suasana ceria.

Baca: Sultan Selangor dukacita pengamal perubatan jual sijil vaksin palsu

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama Radzuan Radziwill ketika melawat Kunang-Kunang Heritage Villa di Langkawi./ Gambar FB Selangor Royal Office

Malah dalam video berdurasi 21 saat itu, dapat disaksikan bagaimana Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor bersaing antara satu sama lain sambil disambut ketawa kecil sesama mereka setelah diketahui pemenang.

Ia kemudian turut menarik perhatian warga maya yang turut meninggalkan komen yang seronok melihat aksi mesra baginda berdua bersaing dalam permainan tradisional masyarakat Melayu itu.

“Steady Tuanku… Ini kali kaum lelaki menang Tuanku,” kata pemilik akaun Zulhelmi Majid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram