RAMAI ibu-bapa yang risau untuk membenarkan anak-anak mereka mengambil vaksin dan bersikap ‘tunggu dan lihat’ dalam Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hal itu dapat dilihat apabila hanya 15 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mendaftar sejak ia dibuka kepada orang ramai.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Pendidikan dan agensi berkaitan akan memberi maklumat terkini berkenaan keselamatan dan keberkesanan vaksin ini.
“Kita tidak terburu-buru untuk meluluskan pemberian vaksin ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pelaksanaan PICKids hari ini.
Baca artikel berkaitan: Malaysia terima 624,000 dos vaksin Pfizer untuk kanak-kanak
Mengulas lanjut, Khairy berkata, data daripada KKM menunjukkan kadar vaksinasi kadar kes yang serius dengan jumlah kes adalah semakin berkurang.
Katanya, data itu secara tidak langsung menunjukkan keberkesanan pengambilan vaksin dalam melawan serangan Covid-19.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

