Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama

Dari Penulis

MURID daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sebaliknya mereka perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, ketetapan itu dibuat sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 yang lebih besar serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita ingin memastikan anak-anak kita yang bakal menduduki SPM pada Februari dan Mac ini akan berada dalam keadaan yang terlindung dan juga mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan teratur,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Tambah Dr Radzi, KPM akan terus memastikan pematuhan SOP di sekolah berasrama khususnya dapat ditingkatkan.

“Pada masa sama KPM juga telah meningkatkan pemantauan sekolah-sekolah supaya segala SOP dapat dipatuhi dengan baik sekali gus mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah,” jelasnya

Untuk minggu yang akan datang, Dr Radzi berkata, sekiranya anak-anak menunjukkan gejala, ibu bapa diminta pastikan anak-anak tidak ke sekolah.

Baca: KPM cari pendekatan kurangkan risiko jangkitan COVID-19 warga sekolah

7,234 kes baharu, kes dijangka terus naik tapi gelombang Omicron tidak seteruk Delta – KJ

Menurutnya, langkah ini amat penting untuk memastikan persekitaran sekolah terus berada dalam keadaan selamat dapat mengurangkan risiko jangkitan.

“Apa yang penting adalah untuk kita sama-sama berusaha agar sekolah dapat terus dibuka dalam keadaan selamat dan teratur.

“Insya Allah, saya yakin dengan kerjasama semua pihak kita akan dapat pastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dalam keadaan lancar, teratur dan selamat,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This