Sindiran ‘ahli zoologi’ umpama perkecil al-Quran – Khairuddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MUNGKIN tidak manis sekiranya seseorang menggunakan perbandingan binatang terhadap individu lain terutamanya apabila mereka yang dianggap pemimpin yang mempunyai pengaruh terhadap masyarakat.

Dalam politik, banyak perbandingan seperti ini digunakan lebih-lebih lagi apabila ahli-ahlinya ingin menyuarakan kritikan terhadap lawan mereka.

Terbaharu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO seperti itik patah kaki ketika diminta mengulas mengenai hubungan Pas dan parti tersebut.

Kenyataan itu nyata tidak disenangi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian menyarankan Abdul Hadi menukar kerjaya menjadi ahli zoologi.

Menurut Ahmad Zahid, saranan itu dilakukannya selepas beliau mendapati Abdul Hadi selalu menggunakan kiasan binatang dalam banyak wawancara dengan media.

Begitupun,perkara itu mendapat perhatian Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali yang tidak bersetuju dengan perkataan ‘ahli zoologi’.

Katanya, sekiranya perumpamaan ahli zoologi itu dilemparkan kepada Abdul Hadi dengan niat sinis, maka ia umpama memperkecilkan gaya bahasa al-Quran.

“Dalam al-Quran banyak menggunakan binatang sebagai perbandingan. Apabila Presiden Pas menggunakan perbandingan berupa binatang dalam banyak ucapan, beliau hanya mengikut sunnah gaya bahasa al-Quran.

“Sekiranya beliau dituduh ‘ahli zoologi’ bermaksud ahli ilmu tentang binatang dengan tujuan mempersendakan, ia seumpama memperkecilkan juga gaya bahasa al-Quran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Itik patah kaki, dah sembuh dia nak berenang sendiri, kata Abdul Hadi mengenai UMNO

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, perbandingan binatang adalah sunnag al-Quran dan banyak dalam adat Melayu.

Ujarnya, perbandingan adalah acuan yang menzahirkan sesuatu makna dalam bentuk yang lebih terasa dan lekat dalam pemikiran manusia.

Jelas Mohd. Khairuddin, antara peribahasa yang banyak dalam al-Quran juga adalah melibatkan binatang.

“Kesimpulannya, perbandingan dengan binatang adalah sunnah al-Quran dan adat Melayu yang kaya dengan bahasa.

“Jika mahu dikatakan ahli zoologi maka sememangnya al-Quran dan bangsa Melayu adalah ahli zoologi yang kaya dengan ilmu tentang binatang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This