Jernihkan semula perbalahan ‘adik-beradik’ Pas, UMNO – Nasrudin

Dari Penulis

HUBUNGAN antara Pas dan UMNO yang ketika ini semakin tegang diibaratkan sebagai perbalahan ‘adik-beradik’ yang perlu segera pulih dan kembali dijernihkan.

Harapan itu disuarakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Menurut Nasrudin, ramai pihak bersedia ‘meraikan’ putusnya hubungan antara kedua-dua parti itu selepas ia bertaut semula menerusi Muafakat Nasional (MN).

Kata beliau, ‘musuh’ Islam juga akan merasa gembira kerana berjaya memecah-belahkan umat Islam sekiranya perbalahan itu berterusan.

“Harapan saya begitulah juga. Biar pun panas dan tegang situasi politik mutakhir ekoran berbalas ‘serangan’ antara Pas dan UMNO, ia akan segera reda dan hubungan adik-beradik ini kembali jernih.

“Saya menzahirkan harapan ini kerana memahami, di sana terdapat pihak yang sedang bersiap sedia untuk merayakan ‘putus hubungan’ antara Pas dan UMNO apabila kedua-dua parti ini telah dapat ditautkan kembali setelah puluhan tahun lamanya bertelagah.

“Musuh Islam tentunya sangat gembira melihat terlerainya perpaduan ummah yang dipalu sekian lama. Mereka gembira kerana berjaya memecah-belahkan umat Islam.

“Mereka gembira kerana peluang mereka berkuasa kembali terbuka dengan berlaku perpecahan daripada kalangan umat Islam,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini.

Baca artikel berkaitan: Datuk Seri ahli sihir sekejap uzur kemudian sihat – Pemuda Pas

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menegaskan hubungan antara Pas dan UMNO ibarat adik-beradik dan tidak boleh ‘berkahwin’.

“Menarik ungkapan yang mengumpamakan Pas dan UMNO sebagai adik-beradik. Ia menggambarkan betapa dekatnya kedudukan antara Pas dan UMNO di pentas politik tanah air.

“Umumnya memahami bahawa adik-beradik, meskipun ada perbalahan antara mereka namun ia tidaklah serius dan berpanjangan. Tidak akan putus air dicincang antara bidalan yang biasa dirujuk kepada perbalahan adik-beradik,” jelas beliau.

28 Januari lalu, Abdul Hadi beranggapan tindakan UMNO yang seolah-olah mengetepikan Pas umpama itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

“Kita bukan nak ajar itik berenang tapi nak selamatkan itik yang patah kaki pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Malangnya, bila kaki dah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda tak bermoral, tak betul,” katanya.

Kenyataan itu dibalas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Jumaat lalu yang menyindir dengan mengesyorkan Abdul Hadi menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This