Itik patah kaki, dah sembuh dia nak berenang sendiri, kata Abdul Hadi mengenai UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEJAK UMNO membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya, hubungan parti itu dengan Pas turut menjadi renggang.

Jalinan yang dibina menerusi Muafakat Nasional (MN) turut sama keruh apatah lagi Pas bertindak menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang beranggapan, tindakan UMNO yang seolah-olah mengetepikan Pas umpama itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

Menurut Abdul Hadi, Pas sentiasa berjuang untuk meneruskan MN dan juga PN bagi menyatukan seluruh masyarakat majmuk, bukan orang Melayu sahaja.

Kata beliau, terdapat surat yang telah ditandatangani untuk menjemput Bersatu menyertai MN kerana padanya, Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi relevan.

“Kita buat MN untuk masyarakat majmuk, bukan Melayu sahaja. Kalau Pas dan UMNO sahaja, mana kaum lain?

“Kita bukan nak ajar itik berenang tapi nak selamatkan itik yang patah kaki pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Malangnya, bila kaki dah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda tak bermoral, tak betul,” katanya kepada pemberita.

Baca artikel berkaitan: Ditawar hanya empat kerusi PRN Johor, Pas bukan minta sedekah, kata Abdul Hadi

Video sidang media itu dimuat naik ke media sosial Abdul Hadi, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan tindakan UMNO, Abdul Hadi mengakui merasakan sebegitu terhadap sebilangan kecil pemimpin UMNO.

Kata beliau, ia termasuk ‘kluster mahkamah’, ‘kluster kalah PRU-14’ dan ‘kluster tiada jawatan’ dalam UMNO yang merencanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Bukan semua. Sebahagian daripada UMNO yang memainkan politik tidak sihat.

“Selepas Johor, mereka nak buat pilihan raya di mana pula, Perak?

“Selepas satu, satu negeri mereka nak adakan PRN. rakyat dah letih,” kata beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This