Perikatan Nasional selesai bahagi kerusi PRN Johor – Wan Saiful

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) telah selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata pembahagian melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan itu selesai sepenuhnya petang semalam namun pengumuman calon hanya akan dilakukan selepas 11 Feb ini apabila PN selesai mengadakan beberapa program termasuk pelancaran jentera di Johor Bahru.

“Bagi kerusi yang dipertandingkan, kita akan fokus semua kerusi tetapi kita mempunyai beberapa tempat yang kita yakin ada peluang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Batu Pahat malam tadi.

BERITA BERKAITAN PRN Johor: Pengundi perlu lihat rekod Pencapaian PN – Mohamed Azmin

Wan Saiful berkata bagi kerusi tumpuan, ia akan diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya PRN Johor Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beliau telah menggariskan strategi besar untuk seluruh negeri.

Mengulas mengenai tindakan lebih 300 ahli Bersatu Bahagian Tanjung Piai keluar daripada parti itu dan menyertai Warisan, beliau berkata Bersatu tidak terkesan dengan perkara yang berlaku dan tetap akan bertanding di kawasan terbabit.

Menurut Wan Saiful, pengumuman keluar parti itu hanya dibuat oleh individu dan tidak menjejaskan struktur parti malah keahlian mereka akan digantikan dengan orang lain.

 — BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This