17,134 kes baharu, 0.5 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5

Dari Penulis

JANGKITAN baharu COVID-19 di Malaysia terus melonjak dengan 17,134 kes dilaporkan hari ini.

Bagaimanapun seperti mana trend kebelakangan ini, lebih 99 peratus kes adalah dalam kategori 1 dan 2.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan kes hari ini, sebanyak 86 atau 0.5 peratus kes baharu dalam kategor 3, 4 dan 5.

“Pada 9 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,134 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Jumlah yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi sejak KKM mengisytiharkan negara kini dilanda gelombang Omicoron.

Baca: Muhyiddin Yassin positif Covid-19

13,944 kes baharu, 99.48 peratus kategori 1 dan 2

Situasi ini sama seperti negara lain di rantau ini yang turut menyaksikan peningkatan mendadak kes baharu dengan Korea mencatatkan kes harian melebihi 30,000 kes sehari.

Meski pun kes tinggi, statistik di Malaysia dan juga negara lain menunjukkan kesan teruk varian ini adalah lebih rendah berbanding ketika gelombang Delta yang memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam.

Berikut pecahan kes mengikut kategori yang dimaklumkan Noor Hisham.

Kategori 1 : 4,722 kes (27.56%)

Kategori 2 : 12,326 kes (71.94%)

Kategori 3 : 58 kes (0.34%)

Kategori 4 : 24 kes (0.14%)

Kategori 5 : 4 kes (0.02%)

Dalam satu hantaran berasingan, beliau berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 8 Februari untuk seluruh negara adalah 1.39.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This