Dipercayai guna gas, polis sahkan penjenayah letup mesin ATM profesional

Dari Penulis

POLIS mengesahkan dua penjenayah yang meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam kedai serbaneka di Pekan Meru, semalam sebagai profesional dan usaha memburu mereka digerakkan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati penjenayah terlibat tidak meninggalkan sebarang bahan letupan atau sebarang objek untuk melakukan letupan itu.

Sebuah mesin ATM di kedai serbaneka di pekan Meru, Klang, Selangor, diletupkan dua individu semalam.

“Polis percaya suspek meletupkan mesin ATM itu dengan menggunakan sejenis gas melalui satu saluran yang disambung terus kepada kereta dinaiki mereka dan tiada bahan letupan (ditinggalkan) di tempat kejadian.

“Siasatan awal juga mendapati, kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta klon,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Vijaya Rao berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua suspek terbabit.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan video berkenaan, suspek dua lelaki berumur sekitar 30-an.

Ujarnya, identiti suspek belum dikenal pasti tetapi berdasarkan sedikit perbualan mereka, kemungkinan warga tempatan.

“Polis juga percaya kedua-dua  mempunyai kemahiran, memang profesional… boleh masuk, letup dan pecahkan mesin ATM.

“Nilai kerugian adalah RM260,000 dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan lain-lain maklumat,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan kejadian itu disedari pekerja kedai serbaneka berkenaan ketika mahu membuka kedai pada 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM terbuka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This