PENYERANG Liverpool, Sadio Mane membuktikan dia ada kelas tersendiri di dalam dan luar padang semasa kejohanan Piala Negara-Negara Afrika yang mana Senegal bukan sahaja dinobatkan sebagai juara.
Mail Online melaporkan, malah dia turut membayar keseluruhan bil hospital seorang budak lelaki yang mengalami kecederaan boleh membawa maut.
Pemain berusia 29 tahun itu yang tampak hampir pengsan selepas bertembung dengan penjaga gol Cape Verde, Vozinha, menjaringkan gol ketika Senegal menang 2-0 sebelum dikeluarkan dan dihantar ke hospital.

Ketika dia dirawat kerana pelanggaran itu di sebuah hospital dekat Cameroon, dia membayar FCFA 400,000 (RM2,916) kepada sebuah keluarga yang tidak mampu membayar bil perubatan anak mereka.
“Saya percaya saya telah ceritakan kepada anda mengenai perbuatan baik Sadio Mane di Bafoussam terhadap sebuah keluarga.
“Keluarga mangsa tertekan kerana sebuah motosikal melanggar anak mereka dengan tulangnya patah dan kecederaan di seluruh badan, dia hampir mati dan ibu bapanya tidak mampu membayar untuk rawatan.
“Sadio, yang berada di hospital (kerana dirawat selepas aksi menentang Cape Verde) menemui keluarga itu dan bertanya apa yang berlaku.
“Kami menjelaskan situasi itu kepadanya dan dia memberikan mereka 400,000 FCFA yang amat melegakan keluarga itu.
“Saya percaya hari ini ia adalah anugerah diberikan Tuhan,” kata seorang tetamu di siaran televisyen Cameroon, Equinoxetv selepas Senegal diumumkan sebagai johan.
Mane bukan hanya dikenali kerana bakatnya di padang tetapi juga usaha dilakukan di bandar kelahirannya Bambali dengan membantu membina sekolah pada 2019.
Bintang Liga Perdana itu juga sebelum ini mendermakan £41,000 (RM232,561) kepada FCFA, badan yang membantu melawan COVID-19 di Senegal.
Nampaknya dia bukan sahaja pemain yang menyerlah di atas padang selepas dinamakan sebagai pemain kejohanan, tetapi jauh daripada itu juga dengan sikapnya yang pemurah.

