Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. - GAMBAR: Abd Razak Aid

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menerima laporan terdapat tawaran wang terhadap ahli politik yang lompat parti. 

Begitupun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan sukar untuk pihaknya membuktikan kesalahan tersebut.

“Saya tidak menafikan SPRM pernah menerima laporan berhubung penawaran wang untuk ahli politik melompat parti.

“Begitupun tiada kes yang boleh dibuktikan sama ada wang dibayar,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Baca artikel berkaitan: Tok Mat, SD tak boleh pakai halang lompat parti – Anthony Loke

Mengulas lanjut, Azam berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung pembiayaan dana politik.

Katanya, semua pihak perlu menyokong usaha mewujudkan akta dana politik bagi memastikan sumber wang yang diperoleh parti adalah secara sah.

“Ketika ini negara kita tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung pembiayaan dana politik. Sekiranya ahli politik dan Parlimen mewujudkan akta ini, ia perlu disokong.

“Dana (politik) yang kita tidak tahu daripada mana datangnya, kita bimbang ia adalah dana haram.

“Undang-undang perlu diadakan bagi tujuan mengawal dana yang diterima parti politik daripada sumber yang tidak dapat dipastikan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram