Kabinet belum bincang cadangan pembukaan sempadan negara – PM

Dari Penulis

CADANGAN Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka kembali pintu sempadan negara seawal 1 Mac ini belum dibincangkan di peringkat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini Kementerian Kesihatan masih belum memberikan maklum balas mengenai cadangan itu kepada Kabinet untuk dinilai.

“Kita mesti seimbangkan antara nak menjaga industri pelancongan dan kesihatan rakyat, maka Kementerian Kesihatan akan melihat secara terperinci dan beri cadangan kepada Kabinet nanti apa yang patut dilakukan seterusnya.

“Setakat hari ini kita masih tutup sempadan kita… belum ada perbicangan lagi untuk buka,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang di Dewan Putra Padang Lerek hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Ketua UMNO bahagian Ledang Datuk Hamim Samuri.

Pada 8 Feb lepas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata MPN bersetuju mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini.

Baca: Sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal Mac ini – MPN

Buka sempadan negara selewatnya 1 Januari 2022 – MPN

Ismail Sabri berkata kerajaan setakat ini hanya membuka sempadan Malaysia-Singapura di Johor menggunakan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) sahaja.

Menurutnya kerajaan sedar dengan keluhan pengusaha industri pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19 namun beliau tidak mahu kemasukan pelancong asing ke dalam negara akan meningkatkan kes dalam negara.

“Ada kawan-kawan masa saya (bertugas sebagai menteri) di Kementerian Pelancongan, kawan-kawan saya kata tak boleh survive, pemandu pelancong, dia bergantung kepada pendapatan dia bawa pelancong. Sekarang ni tidak ada (pelancong), mereka tidak boleh survive.

“Mungkin kita melihat sekarang ini kerajaan masih bantu (dari segi) subsidi upah gaji kepada pekerja-pekerja tapi kita bayar tak banyak, cuma RM600. Maknanya itu untuk membantu tapi tak tahu berapa lama mereka boleh survive.

“Itu akhirnya kita mungkin akan buka sempadan tapi bila nak buka itu kita terpaksa dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan sebab betul, kita nak buka sempadan sebab nak bantu industri pelancongan, tapi kita juga mahu jaga kesihatan rakyat negara kita. Kalau yang datang pelancong membawa jangkitan ia lebih mempercepat pertambahan kes dan membahayakan kesihatan rakyat kita,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This