[VIDEO] 2 parah, 15 cedera selepas bas kilang bertembung treler dekat Perai

Dari Penulis

BAS kilang yang membawa 15 pekerja terbalik selepas bertembung dengan sebuah treler dalam nahas berhampiran sebuah kilang di Jalan Perusahaan Perai malam ini.

Dalam insiden jam 7.20 malam itu, pemandu kedua-dua kenderaan itu cedera parah manakala 15 pekerja kilang lelaki warga asing yang dalam perjalanan pulang cedera ringan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohd Fakharurazi Md Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.21 malam.

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian.

Baca artikel berkaitan: Pak cik bas suruh pegang kuat-kuat, cerita pelajar USIM

@utusantvofficial Semua kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Apabila tiba di tempat kejadian, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pekerja kilang telah bertembung dengan lori treler.

“Ia menyebabkan bas terbalik manakala dua lelaki yang merupakan pemandu kedua-dua kenderaan cedera parah.

“Pemandu bas dan lori treler yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, semua pekerja kilang yang cedera dihantar ke hospital sama untuk pemeriksaan kesihatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This