PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia 2022 yang bertemakan Radio dan Keyakinan disambut hari ini.
Perdana Menteri turut menyifatkan radio merupakan keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini.
Kata beliau, Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.
Malah, Perdana Menteri berkata, radio menjadi medium penting rakyat mendapatkan maklumat semasa pada zaman pra dan pasca merdeka.
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, radio juga menjadi platform rakyat mengumpul semangat perjuangan mempertahankan tanah air.
Baca artikel berkaitan: Wakil belia dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah Felda – PM
“Radio bukan sahaja gaya hidup tetapi keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini.
“Kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengah hari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi.
“Bertemakan Radio dan Keyakinan, saya mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022 dan teruskan menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.
Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Februari setiap tahun.
Sambutan tahun ini yang bertemakan ‘Radio dan Keyakinan’ turut diperincikan kepada tiga sub tema iaitu kebolehpercayaan dalam kewartawanan radio, kebolehpercayaan dan kebolehaksesan serta kebolehpercayaan dan daya maju stesen radio.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

