PRN Johor: Rundingan MUDA, PKR belum dimuktamadkan

Dari Penulis

RUNDINGAN pengagihan kerusi antara parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum dimuktamadkan lagi.

Demikian kata Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti dilapor BH Online.

Namun begitu, Syed Saddiq memaklumkan, perbincangan itu akan diteruskan secara tertutup sebelum apa-apa kenyataan dikeluarkan.

“Perbincangan kerusi antara MUDA dan PKR dibuat secara tertutup dan sulit serta masih belum dimuktamadkan.

“Jika perbincangan itu tidak mencapai kata sepakat dan menemui jalan buntu, MUDA akan maklumkan kepada media.

“Kita sudah ada beberapa kerusi untuk ditandingi daripada rakan pembangkang dan mencuba sebaik mungkin untuk kurangkan pertindihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) dan MUDA, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar memaklumkan MUDA akan mengumumkan jumlah sebenar kerusi yang ditandingi selepas perbincangan dimuktamadkan.

Baca artikel berkaitan: Agihan kerusi PKR, MUDA dalam PRN Johor dimuktamad hari ini

Bagaimanapun, kata beliau, calon pertama MUDA bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa akan diumumkan malam ini.

Media sebelum ini melaporkan MUDA mengintai dua kerusi iaitu Larkin dan Kempas namun PKR pula hanya bersedia menawarkan kerusi Sri Medan, Tanjung Surat dan Semarang.

Terdahulu, PKR telah mengumumkan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Kamis Maharan diletakkan di DUN Kempas manakala Dr. Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan ditampilkan sebagai calon DUN Larkin.

Semalam, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dilaporkan berkata, agihan kerusi antara PKR dan MUDA telah memasuki fasa terakhir serta hampir menemui jalan persetujuan.

Parti komponen PH iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) telah bersetuju memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi DUN iaitu Tenang; Bukti Kepong; Machap; Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This