TULAR di aplikasi TikTok, sebuah video pendek pelakon dan pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia mengalami kesukaran hidup sehingga terpaksa menjual rumahnya bernilai RM1.2 juta di Denai Alam, Shah Alam.
Difahamkan, video itu telah dirakam oleh seorang pengguna TikTok ketika pelakon itu membuat siaran secara langsung dengan meluahkan keadaan dia yang terkini.
“Saya nak jual rumah saya dekat Elmins Ferrea dengan harga RM1.2 juta. Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru, sebab itu perlukan duit.
“Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh ‘direct message’ (DM) saya,” katanya.
Bagaimanapun, luahan sayu pelakon kelahiran Pulau Pinang itu diendahkan oleh netizen malah mengecam tindakannya yang selama ini berlaku curang terhadap isterinya.
Bahkan, rata-rata netizen menganggap ia adalah balasan untuknya dan menyuruh pelawak itu kembali ke pangkal jalan serta menyesali segala perbuatannya.
“Duit dah habis ke? Perempuan itu bukan nak kau pun nak duit je, dah habis duit dia tinggal lah. Jangan aniaya isteri kejap je Allah tarik nikmat itu,” ujar @Adamie88.

“Kalau dengan Sera rezeki makin laju. Dengan skandal rezeki makin habis. Benda asas pun tak boleh nak fikir dengan baik. Dekatkan diri dengan tuhan pasti luas jalan Allah buka,” kata @Shanaz.

“Allah tarik rezeki kalau menyakitkan hati isteri dan anak. Berbaiklah semula, insya-Allah lancar rezeki itu,” jelas @Sweetfetty.

Terdahulu, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dihujani kontroversi mengenai kisah pergolakan rumah tangganya didakwa curang bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Farah.
Untuk info, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyiifatu Aimi, 2.
@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ♬ bunyi asal – mikha.ukasyah

