Waktu UMNO telah berlalu, Johor bukan lagi ‘kubu kuat’ parti itu – Muhyiddin

Dari Penulis

WALAUPUN UMNO ditubuhkan di Johor tetapi negeri itu bukan lagi menjadi kubu kuat parti itu kerana UMNO sekarang telah banyak berubah berbanding parti itu ketika ia mula-mula ditubuhkan dahulu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun UMNO dilahirkan dalam Istana Besar Johor Baharu yang pernah mencipta sejarah tetapi parti itu kini tidak lagi seperti dahulu.

“UMNO sekarang telah koyak rabak, mungkin kelihatan agak baik dari luar tetapi di dalamnya dirosakkan oleh macam-macam barah, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya,” katanya pada majlis pelancaran jentera PN kawasan Mersing yang disiarkan melalui FB Live malam tadi.

Majlis yang diadakan di Tengaruh tersebut turut dihadiri oleh Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dna lain-lain pemimpin dari parti-parti komponen PN.

Presiden Bersatu itu berkata, pemimpin UMNO sering mendakwa yang Johor adalah ‘kubu kuat’ mereka dan parti itu sukar dikalahkan di negeri tersebut.

“Kalau mereka kata ‘Johor kubu kuat UMNO’, jangan percaya. Mereka telah kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan mereka dapat memerintah negeri sekarang kerana kita (PN) yang membantu,” tambahnya.

BERITA BERKAITAN PRN Johor: Usia bukan penghalang, Tosrin tawar diri bertanding

Muhyiddin berkata, pemimpin tertinggi UMNO seperti Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara pemimpin yang merosakkan parti tersebut.

“Golongan ‘kluster mahkamah’ ini sanggup berbuat apa sahaja agar PRU-15 dapat diadakan dan mereka akan kembali mendapat kuasa untuk memerintah,” katanya.

Muhyiddin mendakwa, ketika beliau menjadi perdana menteri, kedua-dua pemimpin itu pernah mengunjunginya dan meminta jasa baik beliau sebagai pemimpin nombor satu negara agar campur tangan dalam kes mahkamah yang mereka hadapi.

“Saya tidak boleh berbuat demikian. Jika mereka tidak bersalah atas tuduhan-tuduhan yang dikenakan, mereka tidak harus bimbang kerana mahkamah sudah tentu akan melepaskan mereka,” katanya.

Beliau seterusnya berjanji jika akyat Johor memilih PN dalam PRN kali ini, semua pemimpin yang mewakili parti itu akan dipastikan merupakan pemimpin yang bersih.

“Setiap calon PN akan diminta mengangkat sumpah yang mereka tidak akan melakukan salah guna kuasa, mengambil rasuah dan melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya jika menang pilihan raya,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PKFZ raih pelaburan RM566 juta, muncul hab logistik pintar – Loke

ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan logistik serantau apabila berjaya menarik pelaburan terkumpul...

More Articles Like This