SEORANG pemandu kereta Proton Persona yang tular dalam laman sosial kerana menunjukkan gari kepada pengguna jalan raya lain, baru-baru ini disahkan seorang anggota polis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, individu berkenaan adalah anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju.
Menurut beliau, siasatan tatatertib telah pun dibuka ekoran kejadian berkenaan.
“Saya sahkan anggota itu daripada IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal.
“Siasatan tatatertib telah dibuka atas salah laku daripada aspek disiplin dan integriti,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan pihaknya telah merakamkan keterangan daripada enam individu berhubung kes tersebut.
Menurut beliau, pihaknya juga sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum tindakan lanjut.
Baca artikel berkaitan: Bertindak ke atas semua kegiatan haram, arahan tegas Ketua Polis Perak
Baru-baru ini, satu video berdurasi lebih dua minit tular dalam laman sosial memaparkan seorang pemandu kereta menayangkan gari untuk menukar lorong ketika melalui jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Noor Dellhan dalam kenyataan 13 Februari lalu memaklumkan kejadian tersebut disebabkan perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Menurut Noor Dellhan, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular.
Polis juga memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

