Oleh : Saiful Bahar
A hung State Assembly means : ” A hung State Assembly is a term used in legislatures under the Westminster system to describe a situation in which no particular political party or pre-existing coalition has an absolute majority of legislators to form A State Government. “
Sekiranya pada Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) nanti, keputusannya menjurus kepada tiada satu pun gabungan parti politik berupaya untuk mendapatkan majoriti mudah, parti-parti politik boleh menubuhkan satu kerajaan yang dipanggil kerajaan minoriti.
Di Kanada, pernah 15 kali ditubuhkan kerajaan minoriti termasuk pada tahun 2004, 2006, 2008, 2019 dan 2021. Kerajaan minoriti di Kanada pada kelazimannya bertahan hanya selama dua tahun.
Perdana Menteri Trudeau telah memenangi pilihan raya umum sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2015, 2019 dan 2021.
Trudeau menang dengan Majority Government pada tahun 2015 dan menang dengan Minority Government pada tahun 2019 dan 2021.
Sekiranya berlaku di PRN Johor tiada satu parti atau gabungan parti berjaya mencapai kejayaan memenangi 29 kerusi iaitu majoriti dua, maka ada dua pilihan lain yang boleh dibuat iaitu :
A GREAT COALITION GOVERNMENT atau UNITY GOVERNMENT (KERAJAAN PERPADUAN).
A Great Coalition Government bermaksud gabungan antara dua gabungan besar parti politik yang bertanding iaitu sebagai contoh Barisan Nasional bergabung dengan Pakatan Harapan, Barisan Nasional bergabung dengan Perikatan Nasional atau Perikatan Nasional bergabung dengan Pakatan Harapan.
Baca artikel berkaitan: Pembahagian kerusi PN selesai, calon perlu angkat sumpah dan dipastikan bersih – Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan ataupun Unity Government bermaksud semua parti politik bergabung untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Negeri Johor. Tiada blok pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Ini satu idea yang amat menarik.
Untuk makluman, Kerajaan Israel yang ke-36 sekarang merupakan satu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) yang paling hebat dalam sejarah Israel, dengan adanya parti dari haluan kanan, kiri, tengah dan satu parti Islam Arab.
Persoalannya, adakah alasan majoriti satu kerusi di Johor masih lagi mahu dijadikan alasan untuk Dewan Undangan Negeri dibubarkan? Masihkah mahu dijadikan alasan kononnya dengan majoriti tipis ini, tiada pelabur berani masuk ke Johor?
Ekonomi Johor tidak stabil ? Ini semua adalah nyanyian lagu-lagu P. Ramlee untuk sedap didengar oleh bangsa Johor. Di Kanada, pada tahun 2019 dan 2021, negara itu ditadbir dengan Kerajaan Minoriti Mudah. Di Israel, ditadbir dengan Kerajaan Unity Government.
Pertumbuhan ekonomi dan pelaburan kedua-dua negara ini di Kanada dan Israel adalah amat baik, tiada sebarang halangan kecuali mereka juga berhadapan dengan pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Maka, sekiranya kita mahu lihat tidak ada satu gabungan parti politik pun menang besar di PRN Johor, bangsa Johor perlu memperlihatkan agar tiada satu parti boleh memerintah negeri itu. Biar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tergantung.
Biarkan gabungan parti-parti politik Melayu bergabung untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Johor yang baharu. Rakyat mahu lihat pergabungan bukannya pepecahan.
Sebagai contoh, senario paling baik adalah seperti berikut :
UMNO/BN menang 20 kerusi.
BERSATU menang 11 kerusi.
PAS menang dua kerusi.
DAP menang 14 kerusi.
PKR menang tujuh kerusi.
AMANAH menang dua kerusi.
Tidakkah mengadakan PRN Johor sekarang menyusahkan
rakyat? Membahayakan nyawa rakyat? Selepas itu, mahu desak pula adakan pilihan raya umum diawalkan? Lagi menyusahkan rakyat. Lagi membahayakan nyawa rakyat. Tidak begitu?
Penulis merupakan penganalisis politik yang mempunyai pengalaman luas berkhidmat dengan kerajaan dan pemimpin politik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

