ANGGOTA Bomba sedang memadam kebakaran di kilang memproses getah tiruan. - Gambar ihsan Bomba

DUA pekerja tempatan melecur dalam kebakaran kilang memproses getah tiruan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 5.16 petang itu, dua mangsa melecur di tangan, manakala seorang lagi patah kaki kiri akibat terjun dari bangunan selepas terdengar letupan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dua tangki di syarikat itu meletup.

“Pasukan bomba dan penyelamat serta pasukan bantuan kecemasan kilang berjaya memadam kebakaran pada 8.30 malam. Kejadian tidak mengakibatkan kemalangan jiwa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, seramai 38 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Larkin dan Johor Jaya diketuai Timbalan Penguasa Bomba I, Ibrahim Omar menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

Menurutnya, siasatan mendapati kebakaran membabitkan tangki muatan getah.

“Kerja baik pulih dilakukan selepas selesai operasi pemadaman kebakaran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram