BERAKHIR sudah proses penamaan calon, kini 239 calon disahkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Daripada jumlah itu, seramai 202 adalah calon lelaki manakala 37 lagi ialah wanita.
Kesemua kertas pencalonan mereka diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik proses tersebut bermula jam 9 pagi ini.
Menurut Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, calon tertua di PRN Johor berumur 71 tahun manakala termuda ialah 26 tahun.
Yang paling tua ialah calon PN di DUN Bukit Permai, Datuk Tosrin Jarvanthi.
Termuda pula dua orang iaitu calon BN di DUN Mengkibol (Kelly Chye) dan seorang lagi calon Pejuang di DUN Tangkak (Muhammad Airel Zabirdin).
“Pada PRN Johor kali ini, terdapat dua kerusi yang menyaksikan saingan tujuh penjuru manakala empat lagi DUN enam penjuru,” katanya.
Paling sedikit ialah tiga penjuru melibatkan tujuh DUN.
Sementara itu, Abdul Ghani mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua petugas kerana berjaya memastikan kelancaran proses penamaan hari ini.
“Dengan ini kempen akan bermula sehingga jam 11.59 malam 11 Mac,” ujarnya.
INFO PRN JOHOR
BN 56 Kerusi
PN 56 Kerusi
PH 30 Kerusi
Pejuang 42 Kerusi
PKR 20 Kerusi
Bebas 16 Kerusi
MUDA 7 Kerusi
Warisan 6 Kerusi
PBM 4 Kerusi
Putra 1 Kerusi
PSM 1 Kerusi
Tiada pencalonan ditolak
Penjuru
3 penjuru 7 DUN
4 penjuru 35 DUN
5 penjuru 8 DUN
6 penjuru 4 DUN
7 penjuru 2 DUN
Jantina calon
Lelaki 202 calon
Wanita 37 calon
Umur
Calon tertua 71 tahun
Calon termuda 26 tahun

