BARISAN Nasional (BN) berjanji tidak akan membalas dendam kepada seteru politik sekiranya berjaya menang besar sekali gus membentuk Kerajaan Negeri Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac ini.
Janji itu disuarakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan akan memberitahu Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk memberi tumpuan hanya kepada rakyat negeri tersebut.
Menurut beliau, itu merupakan cara politik matang yang akan diamalkan Kerajaan Negeri Johor.
“Rakyat semua tahu bahawa kerajaan sebelum ini gagal, mana pernah di Malaysia ini rakyat terpaksa duduk di rumah kerana dilaksanakan COVID-19.
“Bendera putih dikibarkan, ramai dalam kesusahan, tak ada makanan, tak ada pekerjaan. Ini harus kita sedari, sekarang ini mahu menawarkan diri pula di Johor,” katanya.
Baca artikel berkaitan: [VIDEO] PRN Johor: Pemuda BN yakin calon mampu bawa kestabilan
Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu mengadakan lawatan bersama pengundi dengan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri di Tongkang Pechah, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut yakin pengundi di Johor matang dan boleh membuat keputusan bijak untuk kembali memberi sokongan serta mandat kepada BN.
Walaupun membuat keputusan bertanding solo, namun Ahmad Zahid turut percaya BN dapat membentuk kerajaan negeri sekali gus Hasni terus diberi kepercayaan sebagai Menteri Besar.
“Orang Johor ini pandai dan matang, akan tolak mana-mana calon Perikatan Nasional (PN). Ada satu parti itu kata kita itik patah kaki, pun ikut juga (dalam PN).
“Padahal kita dah pakat elok dalam Muafakat Nasional (MN), tapi saya tak mahu ulas lebih,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

