“BIAR pun 807 pertuduhan, saya akan tetap tegas, berdiri teguh untuk mempertahankan UMNO.”
Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa 87 pertuduhan yang terpaksa dihadapinya di mahkamah adalah kerana sikapnya yang mahu mempertahankan UMNO daripada terkubur.
Dakwa Ahmad Zahid, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memanggilnya ke pejabat untuk memujuk supaya meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika itu.
Beliau juga menasihatkan Dr. Mahathir supaya berhenti berbohong kononnya Ahmad Zahid ada berjumpa untuk meminta pertolongan sebelum Ahli Parlimen Langkawi itu dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Atas dasar itulah, kata Ahmad Zahid, beliau membuat keputusan untuk membuat laporan polis dan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Dr. Mahathir.
“Sebab apa saya kena tuduh? Dia panggil saya ke pejabat, dia kata lompat la Zahid, lompat masuk Bersatu. Saya kata no way (tidak), Tun. Dia suruh saya bubarkan UMNO, saya kata no way (tidak), Tun.
“Saya kata tak akan bubarkan UMNO kerana kalau saya bubarkan UMNO apabila saya meninggal dunia nanti, 3.8 juta ahli UMNO akan kencing di kubur saya.
“Kerana saya tak ikut dia masuk Bersatu, saya pertahankan UMNO, saya terpaksa membayar harga mahal dengan 87 pertuduhan,” katanya.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Bila BN menang besar, jangan balas dendam – Zahid
Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu mengadakan lawatan bersama pengundi dengan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri di Tongkang Pechah, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut mengingatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak melupakan ‘jasa’ 43 ahli Parlimen BN yang memberi sokongan sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri kelapan.
“Saya jumpa dia kerana dia panggil sebab nak sokong parti dia yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH), dia tubuhkan PN.
“Jangan lupa dia jadi Perdana Menteri kerana 43 ahli Parlime BN yang beri sokongan melalui aku janji. Kalau tak ada 43 itu, jangan harap dia pernah jadi Perdana Menteri,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

