KEJOHANAN Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 boleh dijadikan platform mengenal pasti atlet-atlet menembak berpotensi.
Itu harapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan IPSC PDRM 2022 semalam.
Menurut Acryl Sani, pihak Pengelola Sukan Menembak PDRM boleh memanfaatkan IPSC PDRM 2022 untuk mencari dan memilih atlet-atlet pelapis yang cemerlang.
“Langkah mengenal pasti atlet-atlet cemerlang ini adalah untuk diserapkan ke dalam pasukan menembak PDRM kelak.
“Syabas diucapkan kepada para peserta dan pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan dalam kejohanan kali ini.
“Kepada mereka yang kurang bernasib baik, teruskan berusaha dan jangan sesekali berputus asa,” katanya di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup itu ialah Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Hazani Ghazali dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.
Baca artikel berkaitan: Peserta wanita uji kemahiran menembak dalam IPSC PDRM 2022
IPSC PDRM 2022 yang bermula 21 Februari lalu berakhir pada 27 Februari di lokasi yang sama.
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Piala Pengarah KDNKA, Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM.
Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, IPSC PDRM 2022 adalah kejohanan menembak yang pertama kali membuka tirai selepas kali terakhir dianjurkan pada 2018 berikutan pandemik Covid-19.

Kata beliau, kejohanan IPSC kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat penyertaan terbesar iaitu seramai 682 penembak dari seluruh negara.
“Saya amat bangga apabila dimaklumkan para penembak handalan daripada kelab menembak seluruh Malaysia, jabatan-jabatan kerajaan serta pasukan-pasukan keselamatan turun ambil bahagian dalam IPSC kali ini.
“Kejohanan ini merupakan gelanggang terbaik untuk mempamerkan aksi menembak dalam kalangan peserta.
“Saya juga yakin kejohanan ini membuka ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi ilmu selain meningkatkan lagi kemahiran dalam pengendalian senjata api,” katanya.
Acyrl Sani turut mengucapkan terimas kasih kepada jawatankuasa penganjur dan semuak pihak yang telah bekerjasama untuk merealisasikan kejohanan tersebut.
“Ucapan penghargaan khas saya titipkan kepada Yang Beramat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman selaku Pengarah Serantau IPSC Malaysia.
“Juga tidak dilupakan Presiden Institut Pegawai Lapang Sasar Nasional (NROI) Yang Mulia Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.
“Saya juga berbesar hati merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Shafiz, Presiden Kelab Menembak Sasaran Shapadu selaku pemilik lokasi pertandingan yang menyediakan fasiliti terbaik dalam penganjuran kejohanan kali ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

