IPSC PDRM 2022: UTK juara Piala Ketua Polis Negara

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEJOHANAN Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 menyaksikan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) berjaya menjuarai Piala Ketua Polis Negara (KPN).

Pemangku Komander UTK merangkap Pengarah Kejohanan, ACP Mohd. Suzrin Mohd. Rodhi berkata, kejayaan itu dilakar selepas pasukan UTK berhempas pulas berlatih sebelum kejohanan tersebut bermula.

“Untuk praktikal menembak, perkara paling penting adalah latihan meningkatkan prestasi menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

“Dalam IPSC PDRM 2022, kejohanan ini memerlukan setiap penembak mempunyai ketepatan dan kepantasan.

“Kedua-dua elemen ini memerlukan latihan yang tinggi dan kita menjadi juara kerana pengorbanan masa untuk berlatih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UtusanTV ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan IPSC PDRM 2022.

IPSC PDRM 2022 yang bermula 21 Februari lalu berakhir pada 27 Februari berlangsung di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Piala Pengarah KDNKA, Piala Ketua Polis Negara dan Terbuka PDRM.

Sementara itu, Mohd. Suzrin berkata, kejohanan tersebut telah mencipta rekod tersendiri apabila seramai 682 penembak telah mengambil bahagian dalam IPSC PDRM 2022.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, seramai 46 penembak wanita turut tampil beraksi untuk memberi saingan dalam kejohanan berkenaan.

“IPSC PDRM terakhir dianjurkan pada 2018. Untuk peringkat awam pula adalah pada 2019 yang mana ia dianjurkan oleh Persatuan Menembak Kedah di Pokok Sena.

“Jadi pertandingan kali ini adalah kali pertama dianjurkan selepas lebih empat tahun tertangguh berikutan pandemik Covid-19,” katanya.

Baca artikel berkaitan:IPSC: Kenal pasti atlet berpotensi, serap dalam pasukan menembak PDRM – KPN

Mohd. Suzrin yang juga Pengarah Kejohanan IPSC PDRM 2022 menambah, kebanyakan penembak berpengalaman yang menyertai kejohanan tersebut menunjukkan prestasi yang tinggi biarpun sudah lama tidak beraksi.

Begitupun, katanya, penembak-penembak baharu perlu lebih banyak berlatih untuk memahami elemen keselamatan dalam mengendalikan senjata api dalam IPSC PDRM 2022.

“Dalam keseluruhan pertandingan, seramai 17 penembak terkeluar atas faktor keselamatan (kesalahan mengendalikan senjata api).

“Sebab itu IPSC ini amat penting buat pasukan beruniform dan orang awam. Ia boleh memberi manfaat dari segi taktikal dan pengetahuan mengenai penggunaan senjata api,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani berkata, beliau berbangga dengan pencapaian pasukan menembak DSS yang berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

Katanya, walaupun tidak mempunyai masa yang panjang untuk berlatih, pasukan DSS tetap melakukan yang terbaik dan menggunakan segala pengalaman yang ada bagi memberi saingan dalam pertandngan tersebut.

Mengulas mengenai kejohanan tersebut pula, Shafiz berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Katanya, beliau merancang untuk menambah lurah menembak dan meluaskan lagi kawasan latihan menembak pada masa akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This