Polis nafi dakwaan pegawai korup, bantu pemilik kediaman selepas penyewa tidak bayar sewa

Dari Penulis

POLIS menafikan dakwaan seorang pengguna TikTok yang mendakwa ketua balai polis di Shah Alam sebagai korup selepas pegawai itu menasihatkannya keluar dari rumah yang tidak dibayar sewa selama dua bulan.

Video berdurasi 35 saat berkenaan memaparkan seorang pegawai polis menerangkan kepada penyewa sebuah rumah bahawa pemilik kediaman tersebut memintanya untuk mengosongkan premis terbabit.

Di dalam video tersebut, pemilik akaun TikTok berkenaan turut memuat naik kapsyen ‘polis corrupt sekarang masuk line property, hati-hati kalau nak sewa rumah, dan ‘lewat bayar rent sebulan, hebat kan owner send polis beruniform’.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemilik kediaman berkenaan membuat laporan selepas suspek enggan mengosongkan premis walaupun sudah diberi notis dua bulan.

BERITA BERKAITAN “Ramai lagi yang nak jadi polis. Yang tak guna ini kita akan buang cepat..”- Amaran Ayob Khan kepada polis korup

“Suspek sudah tinggal selama dua bulan di rumah tersebut tanpa membuat sebarang bayaran dan polis hadir untuk menasihat suspek bukan memberi amaran.

“Suspek didapati enggan keluar daripada rumah yang pengadu benarkan menghuni secara ihsan, sedangkan notis telah diberikan selama dua bulan untuk suspek berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, suspek yang sudah mengosongkan kediaman tersebut sedang dikesan pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor, Hazimah di talian 03- 55202222,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This