PRN Johor: Calon PKR DUN Bukit Batu positif COVID-19

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BARU masuk hari kedua berkempen, salah seorang calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor iaitu Arthur Chiong Sen Sern terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif COVID-19.

Arthur yang merupakan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan setelah melakukan ujian pantas antigen (RTK).

Beliau memaklumkan sudah menjadi amalan untuk melakukan ujian kendiri secara harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diaturkan.

“Mohon jika ada yang bertemu dengan saya secara fizikal dalam beberapa hari yang lepas supaya turut menjalankan ujian pengesanan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: BN tak boleh selesa pertandingan banyak penjuru – Annuar

Mengulas lanjut, Arthur berkata, beliau akan meneruskan aktiviti kempen secara dalam talian termasuk menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan saluran media sosial lain.

Bagaimanapun, kata beliau, pasukan kempennya akan meneruskan kesemua aktiviti yang telah dirancang di kawasan DUN Bukit Batu.

“Sama-samalah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami COVID-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini.

”Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Jumpa anda dalam beberapa hari lagi!,” katanya. 

DUN Bukit Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Arthur dan Lee Ming Wen (Parti Warisan), Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) dan Suppayah Solaimuthu (Barisan Nasional).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This