23.8 peratus populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

Dari Penulis

Sebanyak 846,486 individu atau 23.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,578,408 atau 62.0 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,948,424 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,228,204 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,800,661 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,894,898 atau 93 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: Pendaftaran PICKids lepasi satu juta, jangan lagi tunggu dan lihat – KJ

Sebanyak 101,136 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 42,144 suntikan dos pertama, 537 suntikan dos lengkap dan 58,455 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 67,089,834 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 40 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Kedah mencatatkan lapan kes, diikuti Johor dan Pulau Pinang masing-masing lima kes, masing-masing empat kes di Perak dan Sabah, tiga kes masing-masing di Kelantan dan Pahang.

Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka pula merekodkan masing-masing dua kes dan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Terengganu.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This