Pasangan kantoi beromen di dalam tandas surau

Dari Penulis

TULAR satu video sepasang kekasih terkantoi ketika “melepaskan hajat” di dalam tandas surau Mifthaul Huda di Jonggol, Jawa Barat pada Selasa lalu.

Rakaman yang memperlihatkan pasangan tersebut dalam keadaan separuh bogel tersebar hari berikutnya pada 2 Mac yang lalu.

Menurut laporan media tempatan kelibat pasangan “sesat” itu dikesan melakukan maksiat selepas penduduk menyedari kelibat mereka masuk ke tandas bersama-sama selepas waktu Asar.

Penduduk kemudian bertindak melaporkan kejadian itu kepada ketua kampung sebelum mereka ke lokasi kira-kira pukul 4 petang bagi mengesahkan dakwaan itu.

“Ternyata apabila diperiksa terdapat sepasangan kekasih sedang melakukan maksiat di dalam tandas surau,” kata ketua kampung.

Baca artikel berkaitan: Video aksi ‘panas’ 2 remaja tular, anggota polis ditahan

Namun, insiden memalukan itu telah diselesaikan cara baik dan perilaku pasangan itu telah dimaklumkan kepada keluarga masing-masing.

Video memalukan itu mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada warganet yang rata-rata mengencam tindakan pasangan itu yang bertindak menggunakan tandas tempat beribadat orang Islam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This