POLIS Bali telah menahan dua anggotanya yang disyaki menjadi dalang penyebaran sebuah video aksi “panas” dua remaja yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Dataran Renon Denpasar pada Isnin lalu.
Menurut laporan radarbali.jawapos, kedua-dua anggota itu disyaki dengan sengaja merakam aksi itu pada skrin CCTV dan kemudian bertindak menyebarkannya.
Rakaman itu dilakukan ketika kedua-dua anggota bertugas memantau monitor CCTV.
Baca artikel berkaitan: Amerika kenakan sekatan ke atas Putin
Ketua Perhubungan Awam Polis Bali, Kombes Pol Syamsi mengesahkan penahanan dua anggota polis yang merakam dan mengedar video mengandungi adegan lucah pasangan di Renon itu.
“Dua anggota itu disyaki menjadi pelaku merakam dan mengedar video berkenaan,” katanya pada Rabu.
Rakaman video panas remaja itu tular selepas aksi mereka di Dataran Renon menjadi bualan netizen
Dalam klip video 1 minit 37 saat itu, pasangan remaja itu dilihat melakukan aksi panas tanpa menyedari ia telah dirakam CCTV di kawasan tersebut.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada 21 Februari lalu kira-kira pukul 9.46 hingga 9.50 malam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

