Jawatankuasa petugas pantau pendekatan beg berat diwujudkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menubuhkan satu jawatankuasa petugas bagi memantau pelaksanaan tujuh pendekatan menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tujuh pendekatan yang diumumkannya tidak akan memberi impak optimum sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik. 

Oleh yang demikian, beliau berkata, KPM akan memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaan semua pendekatan berkenaan. 

“Dalam konteks ini, KPM akan menubuhkan pasukan petugas yang akan melaporkan secara berkala pelaksanaan inisiatif untuk mengurangkan beban beg berat ini. 

“Jawatankuasa ini akan melihat secara terperinci pelaksanaan di peringkat sekolah bagi memastikan kita dapat melaksanakan intervensi perlu sekiranya pelaksanaan tak berjalan sepertimana yang telah ditetapkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik ke Facebook, hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Isu beg berat: Sedia lokar, susun semula jadual waktu antara tujuh pendekatan – Radzi

Terdahulu, Radzi mengumumkan tujuh pendekatan baharu bagi memastikan isu beg berat dapat ditangani sebaik mungkin terutama melibatkan murid Tahap Satu di sekolah rendah. 

Tujuh pendekatan itu melibatkan penyediaan lokar; penyusunan semula jadual waktu; buku latihan; buku aktiviti dan kerja; buku teks digital; pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM juga memerlukan kerjasama erat daripada ibu bapa bagi memastikan semua pendekatan yang diumumkan berjalan lancar. 

Dalam konteks itu, Radzi memaklumkan, ibu bapa perlu membantu KPM dan pihak sekolah untuk memastikan murid hanya membawa buku berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. 

“Berdasarkan pemantauan kami, ramai anak-anak kita yang membawa hampir keseluruhan buku ke sekolah tanpa mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan pihak sekolah. 

“Saya menyeru agar ibu bapa dapat bersama-sama memastikan pelaksanaan tujuh pendekatan ini dapat berlangsung dengan teratur dan berkesan bagi memastikan isu beg berat dapat kita selesaikan bersama,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This