“Isteri saya anak ulama besar, bukan kerabat diraja” – Radzi tuntut penyebar fitnah mohon maaf

Dari Penulis

BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin hari ini ‘memperkenalkan’ isterinya kepada umum selepas kedua-dua mereka dikaitkan dengan satu dakwaan tular berhubung kes rasuah bagi projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.

Radzi yang juga bekas menteri kanan kerajaan terdahulu berkata, isterinya, Balkis adalah anak kepada seorang ulama besar di Kedah dan bukan seorang kerabat diraja bergelar Tengku yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah tersebut.

Katanya, tuduhan yang mendakwa dirinya terbabit dalam rasuah itu adalah satu fitnah yang amat besar dan mereka yang melakukannya perlu tampil meminta maaf atau akan mendapat balasan di akhirat kelak.

“Ada mesej viral di mana-mana yang mendakwa kita menerima RM80 juta daripada satu rundingan terus membabitkan penerbitan atau cetakan buku J-Qaf prasekolah dan dikatakan proksi syarikat membabitkan isteri saya.

“Disebut isteri saya seorang kerabat diraja dan seorang Tengku, jadi saya mahu jelaskan di sini isteri saya bernama Balkis binti Datuk Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar.

“Kalau sahabat-sahabat di Kedah tentulah kenal (bapanya) salah seorang ulama besar negeri Kedah yang banyak menerbitkan buku-buku dan banyak bersiar di radio waktu itu,” katanya di laman Facebooknya, di sini, hari ini.

Dalam video itu, Radzi dilihat bersama isterinya namun wanita itu hanya mendiamkan diri.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, dakwaan yang mengatakan isterinya ialah kerabat diraja adalah satu fitnah yang begitu jahat.

Katanya, isterinya sebelum ini tidak pernah mencampuri urusan berkaitan Kementerian Pendidikan, ketika beliau menjadi menteri.

“Pada yang membuat fitnah, anda mungkin gembira tetapi jawablah di akhirat. Ini satu perbuatan yang cukup jahat. Bila saya lihat isteri saya seorang tengku, kerabat diraja. Saya tahu ia adalah fitnah jahat.

“Jika sahabat-sahabat nak tahu, sewaktu saya di Kementerian Pendidikan iaitu ketika waktu COVID-19, dia bertanya bila mahu buka sekolah tetapi saya kata, tunggulah pengumuman di televisyen,” katanya.

Radzi berkata, tuduhan itu bertujuan untuk membunuh karakternya.

“Kepada penuduh saya mohon bertaubat dan penyebar untuk insaflah. Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh.

“Apa yang dilakukan itu sebenarnya untuk membunuh karakter saya dan saya mohon semua untuk mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga yang dizalimi dalam keadaan sedemikian rupa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This