SEORANG wanita kerugian hampir RM5,000 selepas menjadi mangsa ragut dalam satu kejadian di Taman Selayang Jaya, Batu Caves, pukul 12.10 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian berlaku semasa mangsa bersama suaminya berada di hadapan sebuah restoran ketika ingin menaiki motosikal untuk pulang.
Katanya, secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yahama 135 LC berwarna hijau meragut rantai emas milik mangsa dan terus melarikan diri.
“Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: 2 maut selepas lori rempuh 9 motosikal berteduh di bawah jejambat dekat Gurun
Kejadian ragut itu tular di media sosial menyaksikan seorang lelaki yang menunggang motosikal tiba-tiba membuat pusingan U, sebelum bertindak meragut mangsa yang berada di tepi jalan.
Aksi penunggang motosikal itu dirakam perakam kenderaan milik seorang pengguna jalan raya sebelum bertindak memuat naiknya ke Facebook.
Video itu turut dikongsi laman TikTok UtusanTV yang sehingga kini sudah ditonton lebih 1.5 juta kali.
Tambahnya, kes kini siasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (melakukan rompakan) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat dan juga pemilik video dashcam mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan polis.
Maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fildza Bin Che Ibrahim melalui nombor talian 03-61262222 atau 016-9537372.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram