Polis buru 2 lelaki ragut rantai warga emas depan kuil

Dari Penulis

POLIS kini mengesan dua lelaki yang meragut rantai leher emas milik seorang warga emas di hadapan sebuah kuil di Kampung Pandan pukul 2 petang kelmarin.

Video kejadian: https://t.me/infoutusantv/10210

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 60 tahun itu sedang menuju ke kenderaannya.

“Ketika mangsa hendak masuk ke dalam kereta, dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut rantai leher sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beberapa orang awam cuba menangkap suspek, namun tidak berjaya.

Pihak polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kuil terbabit untuk membantu siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu samun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki ditetak kerana hon penunggang motosikal di Shah Alam

TINDAKAN membunyikan hon kerana laluan dihalang membawa padah apabila seorang lelaki cedera selepas ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam...

More Articles Like This