Tular ragut rantai warga emas, lelaki dicekup polis tak sampai 24 jam

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas meragut wanita warga emas di Jalan Tembaga, Taman Greenview, di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 71 tahun itu pada pukul 4.30 petang semalam, iaitu kira-kira sejam selepas diragut.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 3.3p itu, semasa mangsa menunggang motosikal melalui lokasi kejadian, rantai emas yang dipakai telah ditarik oleh seorang penunggang motosikal lelaki yang tidak dikenali.

“Rantai mangsa telah terputus dan sebahagiannya disyaki telah dilarikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihaknya berjaya menahan suspek warga tempatan berusia 29 tahun berhampiran Jalan Lim Khoon Huat, dekat Georgetown sekitar jam 4 pagi tadi.

“Polis turut merampas motosikal dan pakaian yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah itu.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis ganja dan Benzo,” katanya lagi.

Beliau menambah pihaknya telah mendapatkan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Jun depan bagi siasatan lanjut.

Terdahulu satu rakaman tular di media sosial memaparkan mangsa diragut oleh seorang penunggang motosikal.

Rakaman itu turut menunjukkan kedua-dua motosikal milik suspek dan mangsa telah terjatuh di atas jalan raya ekoran berlaku pergelutan antara mereka.

Lelaki itu dilihat melarikan diri selepas mangsa cuba mempertahankan diri menggunakan kasut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PH perlu menangi hati rakyat Johor, bukan sekadar kempen – Fadhlina

JENTERA Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya turun padang menyantuni rakyat dan menjelaskan pencapaian kerajaan, bukan sekadar bergantung kepada kempen...

More Articles Like This