Wooi Yik positif COVID-19, terpaksa lupakan Terbuka Jerman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEREGU nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa melupakan hasrat bertanding dalam kejohanan badminton Terbuka Jerman yang bermula esok selepas Wooi Yik disahkan positif COVID-19. 

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu merupakan pilihan kedua dalam kejohanan berkenaan. 

Aaron-Wooi Yik sepatutnya menentang satu lagi beregu negara, Goh V Shem-Low Juan Shen dalam pusingan pertama Terbuka Jerman. 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan Wooi Yik berada dalam keadaan baik dan tidak bergejala selepas disahkan positif COVID-19. 

Baca artikel berkaitan: Buruan emas membara, Aaron Chia-Wooi Yik tundukkan beregu no 1 dunia

Menurut BAM, pemain berusia 24 tahun itu sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM) dan protokol daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN). 

“Pasukan perubatan dan kejurulatihan BAM akan terus memantau proses pemulihan Wooi Yik sebelum memutuskan penyertaannya dalam kejohanan All England pada 16 hingga 20 Mac di Birmingham. 

“Semua di BAM mendoakan supaya Wooi Yik cepat sembuh,” katanya dalam kenyataan itu. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This