Aaron-Wooi Yik turut ke separuh akhir Terbuka Malaysia

Dari Penulis

KECEMERLANGAN beregu lelaki negara berterusan apabila, pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi, mengiringi pasangan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan nombor enam dunia berkenaan menumbangkan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-13, 20-22, 21-19 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Pertembungan kedua-dua pasangan itu adalah ulangan aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai tahun lalu yang menyaksikan Aaron-Wooi Yik turut merakamkan kemenangan untuk membawa pulang gangsa.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik akan berdepan satu halangan mencabar apabila dijadual bertemu juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.

Kemaraan naib juara Seluruh England 2019 itu ke kelompok empat terbaik membuka peluang untuk menyaksikan pertembungan dua pasangan Malaysia di pentas final pada edisi kali ini selepas Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut melangkah ke separuh akhir.

Terdahulu, Izzuddin-Sze Fei mara selepas membenam cabaran beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-11, 22-20 dalam satu lagi aksi suku akhir.

BERITA BERKAITAN Aaron -Wooi Yik sasar gelaran antarabangsa pertama di Terbuka Malaysia

Mereka akan berdepan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto yang mara selepas menundukkan satu lagi beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 21-13, 21-9.

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada edisi 2014 menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan Angga Pratama-Rian Agung Saputro di pentas final.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Brazil hilang aura samba, aksi hambar sekadar seri dengan Maghribi

BRAZIL mungkin mengelak kekalahan dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2026 apabila seri 1-1 dengan Maghribi pagi tadi,...

More Articles Like This