Lelaki maut dalam kemalangan 3 kenderaan dekat Sogo

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS999 kira-kira pukul 6.47 pagi.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat Titiwangsa dengan sebuah jentera telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah Proton Waja, Perodua Bezza dan Toyota Alphard,” kata kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Warga emas maut dihempap pokok dekat Hulu Langat

Kata pusat gerakan operasi itu, pemandu proton waja berumur 37 tahun telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Namun, mangsa telah meninggal dunia dan disahkan oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur.

“Mangsa seorang lelaki berbangsa Melayu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut”.

Maklumat awal, mangsa dikatakan telah terbabas ke jalan bertentangan lalu melanggar dua buah kenderaan lain.

“Pemandu Bezza dan Alphard cedera ringan, manakala penumpang MPV tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata kenyataan itu lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This